HOBIKU
Terus
terang aku cakap, aku taklah pandai sangat bab masak-memasak ni.. Tapi aku suka
belajar memasak masakan/resepi baru.. Lagi satu rahsia, aku banyak belajar bab
memasak nih daripada suami aku..hihihhi.. tengkiu sayang..tuah badan dapat
suami yang pandai masak..
Baru-baru
ni saya belajar buat resepi “POLKADOT APAM”.. Yang ni bukan daripada resepi
suamiku.. tetapi aku blaja buat sendiri. First time tau buat Polkadot Apam
nih.. Nasib jadi..walaupun coraknye tak kemas.. Suami puji plak tuh.. kembang
kuncup lubang idung aku.. hihihi.. Resepi die senang jer.. Ini pun saya ambil
resepi daripada MyResepi + bantuan daripada youtube..
BAHAN-BAHAN UNTUK MASAK APAM POLKADOT
3 biji
telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm
tepung gandum (2 ½ cawan)
220 gm
gula caster @ gula halus (1 cawan)
150 ml
susu segar / susu cair
3 sudu
kecil baking powder
1 sudu
kecil ovalette
1 sudu
kecil esen vanilla
Pewarna
Filling
blueberry/strawberry/apa-apa citarasa yang anda suka
CARA-CARA PENYEDIAAN APAM POLKADOT
1. Masukkan
telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan
maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas
itu, masukkan susu segar, tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dan
esen vanilla ke dalam mangkuk mixer tadi dan pukul dengan kelajuan minimum
sehingga sebati.
3. Bahagikan
adunan tadi kepada beberapa bahagian. Kemudian titiskan pewarna mengikut
citarasa ke dalam bekas adunan yang telah diasingkan.
4. Masukkan
setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan
adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja)
6. Kemudian,
letakkan filling secukupnya(nak senang masukkan dalam plastic kemudian
picitkan).
7. Picitkan
lagi adunan sama atau warna yang berbeza sehingga hamper penuh.
8. Last
sekali, dot-dot kan @ corakkan dengan warna pilihan.
9. Kukus dengan
api yang sederhana selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.


No comments:
Post a Comment