KISAH ANAK DENGAN POHON EPAL
Saya
tertarik dengan suatu cerita teladan..Cerita panglipulara yang pernah saya
dengar sewaktu kecil-kecil dahulu…
Kisah
pohon epal..
“Suatu
masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak
lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia
memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan
adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak
lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga
menyukai anak tersebut.
Masa
berlalu…
Anak
lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu
hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah
bermain-main di sekitarku,” ajak pohon epal itu. ” Aku bukan lagi kanak-kanak,
aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu. ” Aku mahukan
permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada
yang sedih. Lalu pohon epal itu berkata, “ Kalau begitu, petiklah epal-epal
yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan.”Remaja
itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia
tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih.
Masa
berlalu…
Suatu
hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah
bermain-main di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain.
Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai
tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” tanya anak itu.
”Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang
besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan
cadangan. Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal
itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu
hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya
adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah
matang dan dewasa.”Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pohon epal itu. ”
Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di
sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya,
aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. ”Aku tidak
mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang
pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata
pohon epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal
itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain
di sekitar pohon apelitu. ”Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan
kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat
rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang
hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu. ”Aku tidak mahu epalmu
kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana
aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak
berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab
lelaki tua itu. ”Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohon epal itu. Lalu
lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.
Sebenarnya,
pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita.
Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat
remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan
mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita
bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu
bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya
bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah
jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut
hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

No comments:
Post a Comment