Saat Indah


PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN.
Kata orang, tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir. Tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke seribu. Tanpa yang pertama, mustahil ada yang kedua. Kata orang lagi, yang pertama selalunya yang terindah. Yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan. Yang pertama selalunya sangat sukar untuk dilupakan.. (hmmm..ade betolnye..hihi.. ^_^). 
Pada 29 Mei, 2010 berlansungnye hari perkahwinan aku dengan suamiku tercinta. Perasaan ni x bole nak cakap la time tuh.. berdegup kencang..(dup dap dup dap…) hanya tuhan je yang tau. Gembira ade..(macam aku punya dunia..mane tak..RAJA SEHARI..hihihi..). Sedih pun ade..(huhuhu…papaku xdpt mengiringi aku seperti mana ayah orang lain..papaku meninggal dunia sewaktu usiaku baru 4 tahun lebih). Tapi mamaku tetap setia menemaniku dan mengiringi aku. Sayang mama. 

 
Mama mengiringiku ke depan.. ^_^


 
Antara pasangan-pasangan yang kawen
Perkahwinan ini berlangsung di Gereja St.Ann sehinggalah ke tengahari. Maka pada hari itu, sah la aku menjadi isteri kepada suamiku tercinta. Automatik statusku bertukar daripada bujang ke berkahwin. Hihihi..(say no.. no.. menggatal lagi tau..hihi) Malamnye pula majlis makan2 dan joget2 di kampung…Happy Go Lucky.. Dari hari tuh bermula lah aku dengan kehidupan baruku.. Ku jaga makan minum suamiku.. Demimu, ku sanggup apa jua..

Ini la kami..bahagia sangat.

Pada 29 Mei, 2013 ini genap 3 tahun usia perkahwinanku. Cinta dan pertemuan yang hadir tanpa diduga. Inilah takdir tuhan. Kini kami dianugerahkan seorang puteri, Erylynn Evelynn Evva sebagai penyeri hidup kami. Sekarang die dah berusia 2 tahun lebih. Sekejapkan..Die da besar da. 

Sambut besday Puteriku yang comel yang ke 2 tahun.

Hmmm..biasalah asam garam hidup berumahtangga, ada manis ada pahit tetapi syukur kepada Tuhan semuanya dapat diatasi dengan baik. Rasa diri ini sangat bertuah kerana menjadi isterimu dan ibu kepada anak kita.  Seorang wanita yang lemah lembut menjadikan suaminya tempat bermanja, tempat untuk menangis, tempat untuk mengadu, tempat untuk menangis, tempat menumpang kasih sayang seorang suami. Segala tawa dan tangis kita berkongsi bersama. Dalam berumahtangga ini mesti ada pasang surutnya.. Daripada pasang surut inilah kita mengenali pasangan kita masing2 dan menguatkan lagi ikatan cinta kasih kita. 
Semoga kita bahagia hingga ke akhir hayat dan tabah menempuhi liku-liku kehidupan sepanjang kita bersama. Ampunkan dosa-dosaku dari hujung kaki ke hujung rambut. Terima kasih sayang atas segala pengorbanan, kasih sayang, kesetiaan dan cinta sayang dalam menjalani hidup bersama. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga.. Amen.
Doakan kami ye pembaca-pembaca blogku.. Tengkiu.. (^_^)

"KAMI"



No comments:

Post a Comment